Monday 14 April 2014

ENCIK MIMPI - AYUH TINGGALKAN DIA ( OFFICIAL MV ) HD





Serius kelakar giler video nih... menarik n boom kebaboom...

Tak pe kan sekali sekala tukar mood....

Thursday 10 April 2014

Tips menghilangkan kemarahan dengan sangat sempoi

Perasaan marah memang tak syok bila difikirkan. Nak2 lagi kalau time tengah tension belajar, ada pulak yang mengganggu...terus badmood sepanjang hari rasa. Mood belajar juga sudah tiada lagi...
Pastu mula la kita akan berubah jadik macam zombie......





OHHHHHHH....TIDAK!!!! TAMAW JADIK ZOMBIE!!!
(Sajer amek gambar cute agar tak seram...Huhuhu...)





Maka dengan itu, (Cieeee...) kemarahan janganlah dipendam dan harus diatasi dengan berkesan. Ada banyak tips yang dapat kita gunakan untuk atasi kemarahan kerana tension.

1. Tengok cermin masa tengah marah
Bila marah je, cepat2 tengok cermin. Kau tengok la betapa tak cantiknya muka kau kalau tengah marah. Aneh dengan hidung kembang kempis, muka merah, dahi berkerut. Muka kalau tengah marah ni kadang2 lagi buruk daripada muka zombie. Serius!!! So, lepas ni, bila korang nak marah cepat2 korang akan ingat muka korang yang tengah tak comel itu lalu berusaha untuk menahannya.

2. Think positive
Kadang2, orang yang suka mengejek ke apa ke nak buat kita marah ni sebab dia jeles kat kita. Maknanya, dia jeles kita hidup dengan best dan cool. Kalau yang mengganggu itu berlainan jantina, kemungkinan dia menyukai kita adalah tinggi. So, be cool aja... Kalau marah2 nanti hilang pulak peminat2 tuh,...

3. Tersenyum
Ada yang menyatakan 'senyumlah untuk bahagia. Bukan menunggu bahagia dulu baru maw senyum.' Kalau menunggu happy baru taw nak senyum,.... Sebab stress nak2 kalau korang adalah student memang tak boleh nak dielakkan. lebih2 lagi kalau korang aktive di kampus. Senyum je.. Tak rugi apa2 la. Dapat pahala apa.... Senyum kan sedekah....

4. Buat tak tahu
kalau oramng yang sering menimbulkan kemarahan korang tu memang hobi dia nak membuat korang marah, malah bukan atas alasan yang positif dan mereka sering menyakitkan hati sampai desire kita untuk membunuh mereka itu tinggi, lupakan mereka. Buat macam mereka tak wujud dan pedulikana saja kewujudan mereka. Ada sesetengah orang memang seelok2nya jangan muncul dalam hidup kita. (macam kejam sangat la pulak)

Tapi, jangan lupa, Islam juga telah menggariskan beberapa cara untuk mengatasi kemarahan!

1. Mengubah posisi kamu ketika marah
kalau kamu marah ketika sedang berdiri, cepat2 duduk. Kalau tengah duduk2, berbaringlah. Kalau masih marah, berwudhuk atau mandilah. (juga jangan lupa untuk ucapkan 'Astaghfirullah hal 'azim). Sesungguhnya air adalah penawar terbaik bagi api yang membakar.

Tuesday 8 April 2014

kalau dia mengaji, mesti ohsem!!!

Kebelakangan ni hidup aku menjadi agak lifeless.... aku sibuk dengan study memandangkan aku selaku pelajar yang rajin telah melompat banyak kelas masa sem lepas. Yela, tak pernah terfikir pulak kat aku aku nak duk sini lagi satu sem. hurm,.. But yeah, itu bukan salah siapa..salah aku yang asyik cari jalan nak enjoy jer,.. Kifarah la kiranya nih,...

Apa yang menyebabkan aku semakin lifeless and miserable dan tak cukup tidur (konon) adalah, sebab kanji ada kuiz tiap-tiap minggu,...Hurm,..eleh, dalam lifeless-lifeless ni tapi sempat pulak update blog kan???

Ini ceritanya,.... kat luar hujan dan aku stuck kat fakulti psikologi meminjam line wifi bagi mengisi masa lapang. Apa poin aku ni sebenarnya???

Ok,...kan aku dah cakap aku miserable nih,...

Back to the main point,...

Disebabkan aku selalu rasa miserable sebab dah terpaksa menjadi pelajar nerd sampai rasa nak muntah study, maka, aku mula mencari hiburan.

Apakah???

Aku selalu dengar kawan aku cakap suara Encik Mimpi best. So,....

Pada suatu malam yang hening, aku bukak youtube untuk menghilangkan tension. Encik Mimpi ditaip dengan perasaan curious. Sesedap manakah suara beliau???

Lalu aku bukak lagu Rindukanlah, OST cerita pekebenda tah,...
Best,...!!! Bestnya suara dia!!!!
Tak payah dubbing dah,...
Mouse aku gerakkan bukak lagu-lagu seterusnya dan aku addicted!!! 
Tak perasan 2 jam dah berlalu. Masa aku berlalu dengan sia-sia!! Kanji entah ke mana. Tidur entah ke mana.
Tapi, ini bukan salah aku,.. salah Encik Mimpi sebab suara dia best. Ngeh3,...

Tiba-tiba rasa teringin nak dengar dia mengaji....
Bestnya jika anugerah bakat yang Allah kasi tu, dia guna untuk benda yang lebih bermakna...
Lebih melting rasanya.
Tapi, serius aku tak de la judge orang dengan cara kalau dia mengaji tu lebih bagus. Itu just aku punya pendapat jer,.. Pendapat picisan dari orang biasa.

Tak semestinya kalau dia buat baik (mengaji) hasil dia memang confirm bagus dan semestinya kalau dia nyanyi untuk suka-suka hasil dia sentiasa tak baik. Sebab ada jugak lagu dia berunsur islamik dan dakwah even still kelakar. 

OK, kenapa aku cakap buat baik tak semestinya hasil dia baik???
Nanti aku upadate,.. Kisah tentang suara yang best jugak!!
Sebab hujan dah start nak berhenti. Aku nak berlari balik dulu. Takut nanti lebat semula. 

Chow!!!!




Assalamualaikum,.... ^_^


 
 

Wednesday 2 April 2014

Adakah Indonesia merupakan negara maritim????

Indonesia merupakan sebuah negara yang kaya dengan pulau. Dikelilingi oleh ribuan pulau dan memiliki garis pantai yang lumayan panjang, Indonesia digelar sebagai sebuah negara archipelago yaitu negara kepulauan. Sebagai sebuah negara kepulauan, adakah Indonesia juga cocok disebut sebagai sebuah negara maritim?? 

Indonesia adalah sebuah negara dimana 2 per 3 bahagiannya terdiri daripada lautan. memiliki lebih 17 ribu buah pulau kecil dan besar, Indonesia diperakui sebagai sebuah negara lautan yang terbesar di dunia. Jadi, secara dasarnya, keadaan ini memenuhi kehendak teori Alfred Mahan yang pertama yakni posisi geografi; Indonesia memang secara dasarnya adalah sebuah negara maritim. Namun, jika ditinjau menggunakan aspek-aspek lain. adakah Indonesia sememangnya layak digelar sebagai sebuah negara maritim?

Mahan meletakkan beberapa kategori untuk sesebuah negara 'cukup syarat' untuk diperakui sebagai negara maritim. Menurut beliau, terdapat 6 elemen yang mendukung sesebuah negara untuk berkembang sebagai negara maritim.

Selain faktor geografi, karakter kebijakan nasional dan kebijakan pemerintah tidak boleh dipandang enteng. Sesebuah negara maritim haruslah mempunyai kekuatan armada laut yang kukuh sebagai kekuatan nasionalnya. Hal ini kerana, sebagai sebuah negara yang bersempadan dengan lautan, pihak musuh boleh datang dari pelbagai penjuru untuk menyerang negara. Sekiranya armada laut yang dimiliki tidak kukuh, samalah seperti 'membuka pintu rumah kepada perompak' kerana negara takkan mampu bertahan seandainya diserang. Negara bukan hanya sekedar berisiko diserang sahaja, malah juga terbuka un tuk berlakunya peningkatan kes penyeludupan bahan dagangan, senjata api dan narkoba malah mungkin juga manusia. Untuk mengatasi masalah ini, pememrintah harus bijak untuk mengatur berbagai strategi kebijakan kerana ia menjadi faktor utama terhadap maju mundurnya sesebuah negara khususnya negara maritim. Dalam konteks ini, Indonesia tidak boleh dinafikan kekuatan angkatan lautnya. Dipercayai bahwa kekuatan armada laut Indonesia hampir setara dengan kekuatan armada milik Amerika Serikat dan Russia. Oh, tak percaya?? Cuba klik sini.. ^_^

Selain itu, Alfred Mahan juga meletakkan aspek kondisi wilayah sebagai pendukung perkembangan negara maritim. Kekayaan hasil alam terkait dalam poin ini. Begitu juga dengan keadaan iklim. Hal ini kerana, kekayaan hasil alam yang lumayan dapat mendukung modal untuk mengukuhkan kekuatan maritim sesebuah negara. Iklim di Indonesia ada kaitan rapat dengan arah tiupan angin (perubahan angin monsun) - angin barat dan timur. Dengan adanya angin monsun yang bertiup secara berkala ini, perdagangan di Nusantara khususnya di Indonesia telah berjalan sebelum masihi lagi. Menurut Alfred, apabila keadaan pantai sesuatu negara memudahkan orang turun ke laut, maka penduduknya akan lebih ghairah cari hubungan ke laut melalui kegiatan perlayaran dan perdagangan. Bagi memenuhi kehendak ini, pelabuhan yang baik harus disediakan.

Luas wilayah teritorial juga harus diambil kira. Garis pantai yang panjang memberi akses yang lebih luas bagi penduduk mencari nafkah hingga ke pulau-pulau berhampiran dan pulau-pulau seberang. Indonesia mempunyai akses hingga ke negara lain juga seperti Malaysia, Australia, Filipina dan lain-lain lagi. Namun begitu, panjang garis pantai bukanlah buta-buta diukur berdasarkan luas wilayahnya semata, sebaliknya seberapa besar peluang untuk memanfaatkan potensi wilayah pantai dengan hubungannya dengan negara luar. Indonesia didapati walaupun tidak sepenuhnya menggunakan seluruh kekayaan pantainya namun, ianya tidak pula diabaikan. Indonesia ternyata mempunyai potensi ekonomi maritim yang sangat besar!

Selain daripada faktor alam dan golongan elit sesebuah negara, penduduk juga merupakan elemen yang tidak bisa diabaikan. Jumlah penduduk yang diambil kira bukanlah sekadar jumlah penghuni sesebuah negara sebaliknya hanya rakyat yang berorientasikan ke arah maritim ataupun kelautan sahaja yang diambil kira. Nenek moyang masyarakat Indonesia sememangnya sejak dahulu lagi amat familiar dan mencintai laut. cuma selepas berlakunya penjajahan, jiwa bahari masyarakat mulai menurun memandangkan masyarakat lebih berorientasikan daratan sepanjang tempoh tersebut. Jumlah penduduk yang ramai khususnya yang mempunyai kemahiran kelautan mampu menyokong dan menjadi tulang belakang negara dalam mempertahankan dan menyejahterakan laut Indonesia.


Dengan ini dapat disimpulkan bahawa Indonesia merupakan sebuah negara maritim. Namun begitu, Indonesia belum menggunakan sepenuhnya peluang yang ada untuk mengembangkan sepenuhnya kekuatan maritimnya dari seluruh aspek; ekonomi, sosial dan budaya. Indonesia haruslah mencontohi negara barat yang menggunakan seluruh kekuatan maritimnya lalu berkembang menjadi sebuah negara gergasi yang maju dan mengusai dunia dari segala aspek.


Sumber:

http://ekonomi.kompasiana.com/bisnis/2014/03/10/raksasa-maritim-dunia-itu-bernama-indonesia-640469.html

http://indomaritimeinstitute.org/2012/04/strategi-maritim-jalan-menuju-jaya/

Gustiasnan (2007), Dunia Maritim Pantai Barat Sumatera. Jogjakarta:Ombak

Nasruddin Ch & Arbaningsih (2008), Negara Maritim Nusantara:Jejak Sejarah Yang Terhapus. Jogjakarta:Tiara Wacana




 


Monday 21 October 2013

you are awesome,.. just believe it,...

Ada pepatah yang menyebut, “ Apa yang kita lihat adalah cerminan diri kita.” Dan, aku antara yang pernah membantah habis-habisan perkara ni. Ohhhooo,..mana mungkin apa yang kita lihat tu cerminan diri kita. Serius?? Bid’ah jenis apa entah tu,…

Biasa la sebagai manusia yang ada ego dan nafsu pelik yang tak suka akui kesilapan, mula la kita pandang segala kesilapan berpunca dari orang lain,..bukan dari salah kita sendiri. Karut giler kan pemikiran yang macam tu,.. Bila duk fikir macam tu, akhirnya aku rasa semua yang kat dalam dunia ni tak boleh dipercaya. Semua orang salah, aku je yang betul.

Tapi,…kebelakangan ni, aku mulai bersetuju dengan kata-kata tu. Aku percaya, bantahan aku dulu sebab perangai ego yang tak bertempat yang selalu mengharapkan kesempurnaan dari pihak lain tanpa ada rasa ingin membaiki diri sendiri terlebih dahulu. Mungkin atas ‘desakan’ akal yang mulai merasa diri sendiri tak sempurna. Yelah, bila makin dewasa pemikiran kita akan selalu turut bergerak seiring. Basically la,… Perubahan gaya pemikiran aku ni aku dah lama dah perasan. Mungkin masa aku form 3 kot. Tapi, akhirnya ‘perubahan itu’ buat aku down. Aku start merasakan segala benda yang berlaku berpunca daripada aku. Aku selalu rasa ‘kalau’, ‘sepatutnya’… ‘kalau la aku tahu,…’, kalau la aku buat macam ni dulu,…’, ‘ Sepatutnya aku kena buat gitu,…’, Sampai tahap aku pernah terfikir ‘ Kalau la aku tak de,…’(dalam sudut yang sangat tak bagus). Serius,.. aku selalu rasa bersalah pada semua orang bila aku buat silap. Aku selalu rasa macam ada something wrong kat diri sendiri bila kesilapan makin kerap berlaku. Aku rasa aku semakin tak sempurna,.. semakin tak sempurna ,.. semakin tak sempurna sampai aku rasa macam diri ni tak berguna sebab selalu buat salah dan selalu kena bergantung pada orang lain.

Tapi, bila aku makin dewasa,..aku start sedar. Tak de apa yang buruk kat dunia ni. Memang manusia tak diciptakan untuk jadi sempurna. Manusia diciptakan untuk saling melengkapi, saling memerlukan, saling melindungi,… Jadi, apa yang buruk sangat kalau kita ‘menggunakan’ sesiapa je yang hadir dalam hidup kita. ‘Menggunakan’ yang aku maksudkan ni bukan la sampai tahap bergantung segalanya kat seseorang tu sampai tahap kita ambil kesempatan. Just play each other’s role. Kena ada give and take. Kena selalu bersedia untuk memberi kalau selalu bersedia untuk menerima. Tak susah pun,…

Okey,..apa kaitan dengan cerminan????

Yang aku maksudkan cerminan kat sini adalah macam mana cara kita pandang sesuatu tu. Kan aku dah cerita tadi,.. first, aku pandang setiap sesuatu dari cara yang buruk. Aku anggap macam semua orang tak bagus. Tak boleh percaya (mungkin)… Then, sudut tu berubah 180°. Aku pandang semua tu sebagai silap aku. Itu menyebabkan aku down! Aku jadi tak percaya diri. Aku pandang semua dari sudut yang paling negatif sampai akhirnya aku rasa diri aku tak berharga.

Pendek kata, kedua-duanya akhirnya memberi kesan yang super negative pada diri aku sendiri.

But, akhirnya ‘akal remaja kurang sihat’ aku tu dah berakhir.. (Nasib baik saja ianya cepat berakhir, kalau tak,…) Aku start pandang segalanya indah. Segalanya menarik. Aku start pandang semua orang sebagai makhluk yang istimewa. Aku memandang diri aku sendiri sebagai istimewa. Aku tak macam orang lain. Aku unik. Aku start tak menyamakan diri aku dengan sesiapa pun. Because ME is who I am.

Seriously, lepas tu,…aku rasa hidup aku ni indah. Bukan pasal aku ‘tak pernah ada masalah’ macam yang orang lain ingat, tapi fasal aku pandang semuanya indah. Masalah, semua orang ada. (Malah, ada je yang tak de masalah duk sibuk cari masalah). Besar atau kecilnya satu masalah itu adalah cara kita pandang dia. Kalau kita duk fikir masalah tu besar, maka besarlah jadinya. Padahal, cuba kalau kita pandang dari sudut yang berbeza. Tentu ada jalan macam mana nak selesaikannya.

Lepas aku ubah sudut pandangan aku yang selalu negative tu jadi lebih positif, aku rasa aku selalu boleh senyum. Muka dah tak cemberut macam orang sakit. Dahi pun dah tak berkerut selalu. Aku rasa percaya diri (masih di paras cukup makan), aku rasa sayang pada kawan-kawan aku, aku rasa aku dan semua yang ada disekeliling aku berharga. Pendek kata, aku rasa semuanya best. Dan aku SANGAT percaya, kita adalah apa yang kita pandang. Dunia adalah refleksi apa yang kita pandang. Sebab tu orang cakap kebahagiaan tu datang dari dalam!!


AWAK HEBAT!! PERCAYALAH. ~ Ayat cikgu aku masa aku tengah sekolah dulu. Thousands of thanks to her. 

Sunday 20 October 2013

Kasih sayang itu membahagiakan,..tak kisah dengan siapa pun,..serius!

Setiap kali aku ingat dia, aku memang rasa macam diri aku ni tak normal. Aku rasa nak senyum bahagia. Automatik! Tapi, ada masa bila terkenang kenangan yang sedih, hati aku rasa sakit. Even sekarang dia dah tak sama-sama dengan aku lagi, aku still merasai perasaan yang sama even just dengan menyebut namanya. - Putih. Seolah-olah dia masih hidup. Di sisi aku. Selalu ada untuk aku,…

Aku memang tak boleh nafikan, kucing-kucing semua memang ada tempat yang tersendiri dalam hati aku. Sebab dia orang (or mungkin sepatutnya dia ekor) memang sangat istimewa. Mereka semua special dengan cara masing-masing. Mereka semua tinggalkan kenangan yang berbeza-beza. Mereka unik sebab mereka adalah mereka.

Kenangan aku dengan Putih memang banyak. Malah lebih banyak kalau dibandingkan antara kenangan aku dengan sesetengah kawan. Putih istimewa. Dia buat aku rasa akulah orang yang dia paling sayang. Dia buat aku fikir, akulah alasan untuk dia terus hidup selagi boleh. Dan aku memang sentiasa tahu dan orang lain pun tahu, dia memang sangat sayangkan aku. Serius, kucing tak pandai nak sorok kasih sayang dia orang. Dia tak kira, masa tu kucing mana pun yang ada (Even kucing betina pun), atau dengan siapa pun aku tengah duduk, atau masa tu aku tengah bengang dengan muka yang paling tak comel sekalipun, dia tetap seolah-olah nak bagi tau yang ‘jangan bimbang, awak,…saya ada.’ Or ‘saya awak punya.’ Or ‘awak la orang yang paling saya sayang.’ Uhuks,..(imaginasi aku yang sangat indah) Dia buat aku rasa sangat dihargai. Malah, pernah aku membayangkan yang dia akan di sisi aku sampai aku grad, sampai aku dah berkeluarga, sampai aku dah ada anak-anak, sampai aku tua pun. And it is true, even dah dekat 3 tahun dia tinggalkan kami, sampai sekarang pun aku rasa dia memang selalu ada kat hati aku ni ( Jiwang la plak). Malah, ada kawan aku cakap, kalau aku cerita pasal Putih kat diorang, mata aku jadik bersinar macam aku tengah cerita pasal boyfie aku plak. Urgh,…. :-p

Dan kenapa kucing pun boleh dapat tempat kat hati aku?? Macam pelik bukan?

Actually, aku yakin perasaan aku pada PUtih ni bukanlah sebuah perasaan yang grossy gitu. Serius aku rasa, pecinta-pecinta kucing lain pun rasa apa yang aku rasa. Kucing bagi aku, ada fikirannya yang tersendiri. Dorang ada cara masing-masing untuk fahamkan kita apa yang mereka rasa. Contoh, macam Putih sendiri, cara dia tunjukkan kasih sayang adalah dia dengan cepat-cepat datang bila aku panggil. Yeah,..bukan itu maksudnya dia taat ke? Of course! Kalau dia tak sayang, nak ke dia taat? Of course kalau dia taat pasal dia takut aku tentu dia takkan berlari gembira ala terjah ke dalam pelukan aku setiap kali.

Putih jugak sangat hormat pada kami, tuan-tuannya. Dia tak pernah tolak pinggan dari meja time lapar. Tak pernah cuba buka tudung saji. Tak pernah cuba duduk atas perut kami tanpa izin. Tak pernah cakar tilam dan tikar untuk asah kuku.(Dia cakar dinding kayu jer,..and pokok-pokok yang ada kat luar). Aku tak faham kenapa dia baik sangat. Serius pelik. Sampai aku pernah terimagine yang dia sebenarnya ‘Putera Kacak yang Disumpah jadi Kucing’. Tapi aku jaga dia sejak bayi lagi. Memang sah la bukan.

Ada sekali tu, jiran aku titipkan Friskies kat aku untuk aku bagi kat kucingnya setiap kali waktu makan sebab dia nak balik kampung. Putih sebagai kucing desa, tak diajar makan Friskies. Of course dia teringin bila dia terbau Friskies tu. Aku nampak dia selalu pandang kat Friskies tu yang ada kat atas almari setiap kali aku bagi dia makan nasi dengan ikan goreng, makanan rujinya setiap hari. Aku tahu dia teringin. Sekali tu aku nampak Putih panjat almari, cuba ambil Friskies dari celahan plastik. Aku tahu keteringinannya sedang memuncak. Tapi, dia tak pandai mintak. Dia ambil dua tiga ketul je. (yang aku nampak). Sebab kasihan dan terharu, aku belikan Friskies untuk dia beberapa hari kemudian bila dapat duit belanja sekolah untuk seminggu. Hadiah sebab dia membesar menjadi kucing yang baik (dan soleh aku rasa). Dan aku bertekad untuk beli selalu. Supaya Putih tahu, walaupun dia berbeza daripada kami (sebab dia seekor kucing) tapi dia tetap sebahagian daripada kami.
Selain tu, dia jugak nak selalu tampil kacak kat depan aku. Heh, camne aku tahu? Aku taw laaa,.. Pertama, sejak aku bagi nama kat dia (masa dia berumur 8 bulan tak silap), aku tak pernah nampak dia bergaduh lagi. Of course sebagai kucing jantan, dia takkan selamat daripada bergaduh time nak rebut aweks-aweks kucing yang sememangnya terhad. Tetapi dia selalu menyelesaikannya dengan bernegosasi. Serius!!! Aku selalu nampak dia dan kucing rumah sebelah, rumah sebelah lagi dan rumah yang belakang punya kucing rapatkan kepala antara satu sama lain sambil mengeow kuat-kuat. Memang Putih tak pernah balik dengan badan yang luka-luka kecuali sekali. Kedua, biasanya, kucing jantan ni biasanya bukan rajin sangat jilat dan rapikan bulu mereka. Tapi Putih tak… Dia jilat bulunya dengan kerap kalah kucing betina. Aku bayangkan kalau dia manusia, mesti dia seorang lelaki yang metroseksual.(Aku memang suka berimaginasi, OK!) Ketiga, Putih suka keluar masa hujan kemudian balik dengan keadaan basah kuyup lepas tu mintak aku lapkan badan dia. Comel giler. Kadang-kadang ada tanah lekat kat badan dia, of course dia akan terpaksa dimandikan kemudian akan diwangikan dengan bedak bayi! Kacak siott,.. ^_^

Sekali tu, aku dengar Putih mengeow. Kuat sangat. Aku ingat dia memang tengah sibuk berebut awek. So, aku melantakkan je la. Lepas tu dalam 30 minit kemudian, Putih balik dengan badan yang penuh darah. Putih, aku rasa berniat nak sorokkan perkara tu daripada aku. Sebab dia masuk slow-slow terjenguk-jenguk kat pintu. Tapi of course dia tak boleh nak sorok, aku duduk kat ruang tamu dengan mak masa tu! Putih berlari-lari masuk ke bilik stor. Kitorang ikut. Allah je yang taw perasaan aku masa tu. Kesayangan aku balik dengan badan yang berbalut darah. Penuh luka. Rusuk patah. Dan dia tak bagi aku pegang dia. Dia nangis. Aku pun. Dia tengah sakit sangat. Aku tahu tu. (Ada orang bagi tahu yang Putih bergelut dengan ular. Dia terjumpa bangkai ular yang masih baru berdekatan dengan rumah kami dan peristiwa ni berlaku dalam 3 ke 4 hari lepas aku belikan Friskies untuk Putih.)

Aku berlari ambik bakul besar. Izzah, adik bongsu aku nampak. Dia ikut aku masuk stor. Curious agaknya... Bila dia nampak Putih, Izzah pun nangis. Aku angkat Putih isi dalam bakul yang dah berlapik kain. Badan dia lembik sangat. Izzah ambik Yaasin and baca dekat dengan Putih. Aku assume, ini la saat-saat terakhir Putih. Aku baca doa Syifa’, harap sakitnya berkurang. Biarlah dia pergi dengan sakit yang paling minima.

Tak lama, adik-adik yang lain datang. Kecoh. Putih balik dengan keadaan nazak. Aku tengok masa tu, semua tengah menangis. Masa tu baru aku tahu, sayang dia orang pada Putih, sama macam sayang aku pada Putih. Tak kurang. Masa tu baru aku tahu, Putih dah ambik satu tempat yang istimewa dalam hati kami semua. Aku harap Putih tahu tu. Aku harap dengan tahu tu, dia boleh mati dengan tenang. Aku harap dengan tahu tu, Putih mati dengan tak de apa lagi yang nak dikesalkan. Tapi, Putih pandang kasih sayang tu dari sisi yang berbeza. Jauh berbeza daripada sisi yang aku pandang.

Esoknya, masa balik dari sekolah, mak bagi tahu, Putih dah hilang. Aku fikir aku dah sedia untuk hilang dia tapi tak. Aku rasa macam hati aku remuk. Sakit. Mak cerita, pagi tu, Putih kesot perlahan-lahan ke pintu dapur. Mak biar. Ingatkan, dia nak buang air. Lepas lompat dari tembok dapur, Putih berpaling. Pandang mak lama. Lama macam nak ucap selamat tinggal. Lama macam dia tak rela nak pergi. Aku tahu, macam aku, macam kami semua, Putih pergi dengan hati yang sedih.

Petang esoknya, aku dengar bunyi Putih mengiau. Perlahan. Aku kenal suara dia. Aku keluar cari. Tapi tak de. Aku assume, sebab rindu, aku terdengar-dengar suara dia. Tapi suara tu aku dengar lagi. Malam tu. Aku keluar lagi. Cari tapi tak de. Banyak kali. Dan akhirnya aku abaikan. Aku assume aku terlalu rindukan dia. Tapi, hari ketiga selepas dia hilang, mak jumpa Putih, bawah rak barang ayah kat beranda luar dapur. Mungkin selama tiga hari tu, dia duduk kat situ. Mengiau sebab tak larat nak lompat tembok. Mengiau dengan harapan ada sesiapa yang nampak dia kat situ. Sayang, kami ambil 3 hari untuk jumpa dia. Putih dah terlalu lemah. Aku peluk dia, bagi dia susu. Suapkan roti yang dah basah dengan susu bayi supaya dia ada tenaga. Putih tak menolak. Dia makan. Aku tahu, dia masih nak hidup. Dia belum bersedia untuk pergi. Dia perlu hidup untuk kami yang sangat-sangat menyayanginya.

Dua hari kemudian, sekali lagi Putih keluar. Keluar tanpa sesiapa pun yang sedar. Aku tunggu kat luar kalau-kalau aku dengar suara dia lagi. Aku takut kalau dia balik, aku tak sedar. Aku tak nak dia tunggu lama-lama lagi. Tapi, tak de. Aku tak dengar suara Putih memanggil lagi. Pak Teh aku pernah cakap, kucing, kalau sayang kat tuan dia, dia takkan mati kat rumah. Dia tak nak tuan dia sedih. 

Mula-mula aku tak percaya dan tak nak percaya. Aku tak nak terima yang aku dah hilang dia. Tapi bila dah tiga hari, aku redha. Selama mana kucing yang nyawa-nyawa ikan boleh bertahan kat luar. Aku relakan dia pergi.

Tapi, bila aku duduk kat katil, aku nampak Putih baring kat sudut katil. Bila aku pejam mata, aku terasa-rasa panas badan Putih yang selalu baring kat tepi pinggang aku. Bila aku nak pergi sekolah, aku harap Putih muncul dari mana-mana, teman aku tunggu bas macam selalu. Bila aku balik, aku harap Putih tunggu kat depan pintu sambut aku macam yang dia selalu buat. Bila aku buat homework, aku harap ada Putih yang selalu kacau dengan duduk atas buku, gigit pen, pijak keyboard lappy, garu tapak kaki aku, duduk atas riba. Tapi tak de. Aku rasa kehilangan. Yang amat. Baru aku sedar, betapa selama ni, aku kat rumah hampir sentiasa bertemankan Putih. Bila dia hilang, aku rasa satu ruang dalam hidup aku, kosong!

Aku ingat aku sorang tapi, lepas tu Wahidah, adik aku yang ke-6 (anak mak-ayah aku yang ke- 7) cakap kat aku yang dia rindu kat Putih sangat. Aku suruh dia bawak balik kucing seekor dari sekolah. Dua hari dia cari. Dia bawak balik anak kucing hitam. Hitam sepenuhnya kecuali gigi keciknya tu. Dia hitam macam bayang-bayang. Aku bagi dia nama Shallow. Sebab kesian sangat kalau panggil dia shadow. Tapi masa Wahidah bawak balik, Shallow memang dah sedia sakit. Badan dia memang lembik sangat. Dua hari kemudian dia mati. Walaupun kami dah usaha rawat dia. Wahidah cakap, Shallow dah lama kena tinggal dengan ibu dia. Sebab tu dia sakit. Tapi, dia cakap, kat sekolah ada seekor lagi anak kucing. Adik-beradik Shallow. Yang tu sihat sikit. Tapi dia selalu menyorok bawah kereta cikgu. Tak nak datang walaupun dah kena umpan.

Akhirnya, Ricky si kucing yang suka menyorok tu rasa sunyi agaknya, datang menyerah diri esoknya. Ricky comel sangat. Sekali pandang, dia macam Putih kuasa dua. Except, dia tu kecik dan tompok hitam dia tak sepekat tompok kat badan Putih. Of course aku memang happy giler tahap gaban. Sekelip mata Ricky ambil satu ruang dalam hati aku. Dia comel sangat sampai begitu cepat aku jatuh hati.

Tapi, esoknya Putih balik. Dengan keadaan yang sihat sepenuhnya!  Macam tak pernah cedera sebelum ni. (Sampai sekarang aku tak tahu kat mana dia berubat.) Adik cakap, Putih terus tuju ke bilik aku dulu bila sampai rumah. Masa dia masuk bilik, aku tengah pegang Ricky. Aku tak boleh bayangkan macam mana sedihnya Putih masa tu. Aku dah ada pengganti dia! Secepat tu aku dapat pengganti dia. Aku rasa bersalah sangat. Rasa macam dah curang. (Ini baru grossy…). Aku datang kat Putih tapi dia elak aku. Aku panggil dia, dia datang tapi dia tak nak dekat. Dia merajuk. Betul-betul merajuk. Tak sangka giler, kucing pun pandai merajuk. Masa tu aku rasa macam kena pilih antara dua. Mana boleh! Dua-dua ada ruang tersendiri dalam hati aku.(Gulp! Macam apa jer…) Dua-dua special dengan cara masing-masing. Then, aku taw aku memang kena ushar Putih betul-betul. Lama jugak la nak pujuk dia tu. Gedik.

Then. Ricky dan Putih selalu berkepit macam bayang-bayang dengan tuan punya bayang-bayang. Kemana-mana selalu berdua. Memang dua-dua suka mengacau aku terutama time buat homework. Nakal giler. Tapi, macam Shallow, Ricky juga ditinggalkan oleh ibu sejak bayi. Sekuat mana pun dia bertahan, sekuat mana manusia merawat, dan sekuat mana pun Putih meminjamkan kekuatannya, akhirnya Ricky kembali kepada Yang Menciptakannya tanpa Putih tahu.

Hari Ricky dimatikan, kita orang balik kampung di Penang. Putih ingat, Ricky pergi bersama-sama kami. Then, bila kami balik, Putih datang kat aku. Mengiau-ngiau,..mencari-cari. Dia cari Ricky. Tapi Ricky tak de. Aku tak tahu macam mana nak beritahu dia, yang adiknya tu dah tak de. Aku tahu Putih selalu mencari-cari. Dia sangat rindukan Ricky. Putih patah hati. Aku faham kesedihannya. Aku mungkin hanya hilang seekor kucing, tapi dia hilang saudara.

2 minggu kemudian, Putih jadi luar biasa manja. Dan aku tahu, berdasarkan pengalaman dengan kucing-kucing lain sebelum ni, masanya dah tiba. Dan kali ni aku terpaksa benar-benar redha. Semoga Putih dan Ricky bertemu di syurga. Aku harap. Dan aku juga harap suatu masa nanti, di syurga, kami satu ‘keluarga besar’ akan kembali bersama. Amiin…

*Kalau anda dianggap sebagai ‘yang tersayang’ di dunia oleh anjing anda, tidak perlu lagi mencari pendapat kedua. ~ Jim Fiebig* - Chicken Soup for the Cat and Dog Lover’s Soul -



Sunday 22 September 2013

berkawan biar seribu,..

Macam bajek sikit jer aku tulis tajuk entry nih,.. hahaha,.. Naseb la,... Ada aku kisah kalau kau kisah pun,..

Kat sini,..perbezaan bahasa secara zahirnya memang tak ketara sangat. Tapi bila kita ada dalam kalangan dia orang, perbezaan bahasa yang 'tak ketara' tu sebenarnya sangat ketara. Siapa kata pergi Indonesia tak mencabar?? 

Satu masalah juga bila nak cuba faham apa yang kawan-kawan cuba sampaikan. Masa ni kesabaran untuk mendengar sampai ke akhir memang tercabar. Penat kot. Setiap kali habis kelas memang akan rasa penat gila tapi puas hati sebab banyak perkataan baru yang kita dapat belajar selain dapat tambah tahap kesabaran yang memang nipis macam kulit bawang tu. 

Walaupun macam tu, kawan-kawan baru kat sini tak sombong. Memang ada la sorang dua yang jenis macam bajek sikit,.. Berat mulut giler. Mata main jeling-jeling. Tapi tu kira kes yang berkecuali laa sebab dorang rasa diri dorang eksklusif sangat... Ahakz,.. Terngutuk pulaks,..

Dalam banyak-banyak, buat masa ni aku paling suka kelas Nihon Bunkaron. Bukan pasal kelas tu best sangat but pasal kawan-kawan dia memang sporting tahap gaban. Errr,.. dan ada sorang Panggalila,..awww,.. cam sengal jer,..kuang3,...

Erk, sebut fasal komunikasi ni, aku ni sebenarnya baru baik dari batuk. Batuk sikit tu masih ada la sisa-sisanya. Tapi memang much much much better than 2 or 3 days before. Memang batuk sampai tahap tak de suara langsung! Dalam keadaan biasa mungkin tak jadik hal sangat. Siap boleh kurangkan sikit dosa pasal tak cakap benda mengarut dan yang tak penting. Tapi waktu aku tak de suara tu kira tengah dalam hari-hari nak berkenalan, nak carik kelas semua. Bayangkan dengan suara yang tak de dan kalau ada memang dah tahap macam katak pisang,.. Bila nak tanya lokasi kelas dan lain lain memang main tulis atas kertas,.. haidoiiiaii,.. Memang seksa masa hadapi tapi, bila dah lepas memang senyum jugak la ingat. Pengalaman sweet sour la katakan,..

Kat sini, kerja aku buat masa ni memang kumpul kawan. Memang kerja kenal, tanya nama and add fb orang jer,..Memang kawan jugak la dengan boys pun. Tak boleh nak berlagak eksklusif sangat. Lagipun tak kisah sangat pasal dorang lagi muda,.. hahaha,.. pastu aku sendiri tak ingat sape nama budak yang aku dah add tu. Kesian betul,..
haidoii,..

Tapi ikutkan duk sini best. Sebab gaya hidup yang simple n tak protokol sangat. Senang sangat nak jumpa dengan dosen. Macam nak jumpa dengan cikgu kat bilik guru masa skolah dulu jer. Giler simple,..

Erk, habis pulak idea nak stoly moly,.. 
So, buat masa ni jer la yang bisa diupdatekn,.. so, kite chow dulu!!!

So, sebelum chow, jom baca sikit tentang batas pergaulan antara lelaki dan perempuan masa belajar, check it out!!!



Pergaulan Di Antara Lelaki Perempuan Semasa Belajar
Dalam persoalan pergaulan di antara lelaki dan perempuan semasa belajar, sebenarnya tidak ada hadis yang secara langsung menyentuh persoalan ini, apakah ia dilarang atau dibolehkan. Bagaimanapun, ada sesetengah ulama’[19] berpendapat lelaki dan perempuan tidak boleh bergaul semasa belajar.Mereka berhujah dengan hadis Sa’id al-Khudri yang meriwayatkan:
Maksudnya: “Perempuan berkata kepada Nabi s.a.w.: Golongan lelaki mengatasi kami ke atas kamu (orang lelaki sentiasa bersamamu setiap hari mendengar hal-hal agama). Tentukan bagi kami satu hari bersamamu (untuk mendengar dan belajar) lalu baginda menentukan satu hari untuk bertemu(mengajar) golongan perempuan, maka baginda menasihati dan mengajar mereka. Di antara nasihat baginda kepada mereka: “Sesiapa di antara kaum golongan perempuan yang menyerahkan tiga anaknya (untuk perang jihad dan anak itu mati syahid) pasti anak-anak itu menjadi penghalangnya dari apai neraka. Seorang perempuan berkata kalau dua orang? Baginda bersabda: “walau dua orang”.
 Bagi mereka hadis ini menunjukkan bahawa perempuan hendaklah diasingkan tempat belajar daripada lelaki. Sekiranya pergaulan  di antara lelaki dan perempuan dibolehkan, pasti perempuan pada masa itu tidak meminta Nabi s.a.w.menentukan hari khusus bagi mereka untuk mempelajari ilmu. Begitu juga kalau pergaulan di antara lelaki dan perempuan semasa belajar dibolehkan, pasti Nabi s.a.w tidak mengkhususkan hari bagi perempuan.
             Bagaimanapun, setelah hadis ini diteliti, didapati ia tidak jelas menunjukkan lelaki tidak boleh bercampur dengan perempuan semasa belajar. Buktinya, ungkapan “ghalabana ‘alaika al-rijal” (lelaki mengatasi kami ke atasmu). Maksudnya, secara tab’ie kaum lelaki setiap hari bersama Rasulullah s.a.w atas tabiat dan fungsi mereka sebagai lelaki. Oleh itu, mereka dapat mendengar dan mempelajari perkara-perkara berkaitan agama sedangkan perempuan tidak mampu berbuat demikian atas sifat dan fungsi  mereka sebagai wanita. Oleh itu, perempuan meminta Rasulullah s.a.w menentukan hari khusus bagi mereka mempelajari agama. Ertinya, permohonan dibuat bukan kerana tegahan bergaul semasa belajar, tetapi atas dasar tabiat dan fungsi lelaki dan wanita yang berbeza. Ia menatijahkan peluang bagi wanita untuk bersama dengan Rasulullah s.a.w agak terbatas. Oleh itu, pengkhususan hari belajar bagi perempuan tidak menunjukkan pergaulan di antara lelaki dan perempuan semasa belajar dilarang. Jadi, hadis ini bukan hujah bagi pengharaman pergaulan antara lelaki dan wanita semasa belajar. Larangan tersebut mungkin lebih sesuai didasarkan kepada kaedah“Sadd al-Zari’ah” (menutup pintu-pintu yang boleh mendatangkan fitnah) kerana lelaki dan perempuan, terutama di peringkat awal remaja dan remaja banyak dipengaruhi oleh rangsangan seks. Dengan itu, pergaulan di antara lelaki dan perempuan semasa belajar pada peringkat ini boleh mendorongkan kepada perkara-perkara keburukan lebih banyak daripada kebajikan. Oleh itu, pengasingan tempat belajar di antara lelaki dan perempuan adalah didasarkan kepada “Sadd al-Zari’ah” bukan hadis di atas.
             Selain dari penjelasan perenggan di atas, mereka yang mengatakan pergaulan lelaki dan wanita semasa belajar diharamkan berpendapat bahawa pergaulan antara lelaki dan perempuan semasa ziarah-menziarahi adalah dibolehkan dengan beberapa syarat. Mungkin sukar difahami kenapa pergaulan semasa ziarah dibolehkan dan pergaulan semasa belajar diharamkan, sedang suasana belajar lebih jauh daripada fitnah berbanding dengan suasana ziarah. Mungkin yang membezakan hanyalah ziarah dilakukan sekali sekala tetapi belajar mungkin lebih kerap, malah dalam konteks pendidikan formal, menengah atau tinggi ia berlaku setiap hari. Adapun, tegahan ke atasnya bukan dirujukkan kepada nas, tetapi kepada kaedah “Sadd al-Zari’ah”

Copypaste daripada: